BIOGRAFI
IMAM AL- QURTHUBI
Nama
dan asal beliau
Beliau
adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abu Bakr bin Farh al-Anshari
al-Khazraji al-Andalusi al-Qurthubi, seorang ahli tafsir dari Cordova (sekarang
bernama Spanyol). Ia berkelana ke negeri timur dan menetap di kediaman Abu
Khusaib (di selatan Asyut, Mesir). Dia salah seorang hamba Allah yang soleh dan
ulama yang arif, wara’ dan zuhud di dunia, yang sibuk dirinya dengan urusan
akhirat. Waktunya dihabiskan untuk memberikan bimbingan, beribadah dan menulis.
Karya-Karya Beliau
Dia menulis mengenai tafsir
al-Qur’an, sebuah kitab besar yang terdiri dari 20 jilid, yang diberinya judul:
“Al-Jami’ liahkam al-Qur’an wa al-Mubayyin Lima Tadhammanahu Min as-Sunnah wa
Ayi al-Furqan”. Kitab ini merupakan salah satu tafsir terbesar dan terbanyak
manfaatnya. Penulis tidak mencantumkan kisah-kisah atau sejarah, dan sebagai
gantinya, penulis menetapkan hukum-hukum al-Qur’an, melakukan istimbath atas
dalil-dalil, menyebutkan berbagai macam qira’at, I’rab, nasikh, dan mansukh.
- Al-Asna fi Syarh Asma’illaj
al-Husna
- At-Tidzkar fi Afdhal al-Adzkar
- Syar at-Taqashshi
- Qam’ al-Hirsh bi az-Zuhd wa
al-Qana’ah
- At-Taqrib likitab at-Tamhid
- Al-I’lam biima fi Din
an-Nashara min al-Mafasid wa al-Auham wa Izhharm Mahasin Din al-Islam
- At-Tadzkirah fi Ahwal al-Mauta
wa umur al-Akhirah (edisi Indonesia: Buku Pintar Alam Akhirat)
Guru-Guru Beliau
Beliau
mendengar pelajaran dari Syeikh Abu al-Abbas Ahmad bin Umar al-Qurthubi dan
meriwayatkan dari al-Hafizh Abu Ali al-Hasan bin Muhammad bin Hafsh dan
sebagainya.
Beliau tinggal di kediaman Abu al-Hushaib.
Beliau tinggal di kediaman Abu al-Hushaib.
Wafat Beliau
Imam Abu Abdillah Al-Qurthubi
meninggal dunia dan dimakamkan di Mesir iaitu dikediaman Abu al-Hushaib, pada
malam isnin, tanggal 09 Syawal tahun 671 H. semoga Allah merahmati dan meredhai
beliau.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar